LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH KECIL DAN TANAH GEMAS

Bersih . Muafakat . Sejahtera

LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

GUA EMAS BUKIT JALOR

Terowong yang menjadi laluan pelombong emas.

Dipercayai cantuman perkataan Inggeris ‘gold’ dan omeh (emas) serta loghat Negeri Sembilan ‘gomeh’ yang bermaksud gua emas. nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam. Orang Inggeris menamakan gold tetapi penduduk mengatakan ia ˜omeh dan gabungan kedua-duanya menjadi Gomeh sebelum ejaannya dimuktamadkan sebagai Gemas.

Penduduk tempatan mengatakan ia sebenarnya dinamakan sempena penemuan tempat lombong emas di sebuah gua yang mereka namakan Gomeh (gua emas). Apa pun ia sebenarnya berkaitan dengan penemuan logam emas.

Batang besi dipercayai pahat melekat dipermukaan dinding gua.

Kedua-duanya saling berkaitan dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa gua emas itu memang wujud, cuma ia sebenarnya adalah bekas tapak lombong emas yang terletak di sebuah bukit. Teori awal yang mengaitkan perdebatan mengenai emas itu memang logik kerana diakui, pelombong asalnya ialah orang Inggeris yang bekerjasama dengan penduduk tempatan.

Berikutan penemuan lombong emas itu, nama Gemas terus popular dan ditukar menggantikan nama asal iaitu Ayer Terap yang diambil sempena anak sungai berhampiran Rumah Rehat Gemas.

Gua emas itu terletak Bukit Jalor, kira-kira lima kilometer dari Simpang Dua. Kedudukannya di atas bukit dikelilingi kebun getah dan memerlukan pengunjung mendaki bukit kira-kira 500 meter untuk sampai ke lokasi.

Sepanjang dinding gua itu dipenuhi dengan kesan ketukan dipercayai menggunakan pahat besi untuk melombong tetapi aliran coraknya cukup teratur atau sehala. Dinding itu dipenuhi pepijat gua yang saiz dua kali lebih besar daripada pepijat rumah.

Sepanjang perjalanan dianggarkan sejauh satu kilometer itu, kelihatan beberapa terowong kecil menghala ke atas dan bawah. Laluan ke atas kemungkinan adalah lubang angin dan terowong ke bawah kemungkinan bersambung dengan aliran sungai bawah tanah.

Pada satu lubang kecil menghala ke bawah kelihatan air yang cukup bersih. Satu lagi mempunyai anak tangga tetapi semuanya menjadi syurga kelawar. Ribuan kelawar berterbangan sebaik saja limpahan lampu suluh menghala ke arah haiwan berkenaan.

Beberapa persimpangan ditandakan dengan pelekat keselamatan sebagai amaran supaya pengunjung tidak memasuki laluan berkenaan kerana berbahaya dan jelas ada antaranya kelihatan kesan tanah runtuh.

DI PUNCAK bukit bersebelahan bukit menempatkan gua emas, ada lubang segi empat yang cukup besar. Berdasarkan cerita lisan, di situlah 40 pelombong pelbagai bangsa tertimbus dan sehingga sekarang tiada sesiapa pernah masuk ke lubang berkenaan.

Saiznya selebar enam kaki dengan kedalaman yang boleh dilihat kira-kira 150 kaki, dipercayai laluan utama tempat operasi mengeluarkan emas yang menggunakan sistem seperti mengeluarkan air daripada perigi. Bagaimanapun, usaha mengesan kesan tinggalan termasuk tapak simen atau besi tidak berhasil.

Skip to content