UNIT TANAH
SOALAN : Berapakah jumlah bayaran permohonan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)? | JAWAPAN : Bayaran permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ialah RM 20.00 dan bayaran pelan RM 14.00 |
SOALAN :Apakah dokumen yang perlu ada untuk tujuan permohonan tanah? |
JAWAPAN : Dokumen yang perlu ada ialah :- -Borang Permohonan Tanah -Borang A – Tanah dalam kawasan GSA (Sekiranya pemohon adalah syarikat :) -Memorandum Articles Of Association (MAA) -Borang 24, 44 dan 49 Akta Syarikat / Cop Mohor -Atas nama pertubuhan / koperasi / persatuan dan lain-lain -Satu salinan undang-undang / pertubuhan Akta dan lain-lain yang disahkan. -Salinan kad pengenalan suami / isteri -Borang G (bagi pemohon kakitangan kerajaan) -Surat pengesahan majikan (bagi pasangan kakitangan kerajaan) -Lain-lain surat sokongan -Bayaran permohonan |
SOALAN : Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian? | JAWAPAN : Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau lebih bahagian seupaya tiap-tiap satunya dipegang dibawah hakmilik yang berasingan atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagiankn supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu dibawah satu hakmilik yang berasingan. |