LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

Bersih . Muafakat . Sejahtera

  • Utama

Unit Hasil / Pendaftaran

UNIT HASIL

SOALAN : Bolehkah cukai tanah dibayar secara online?

JAWAPAN : 

Cukai Tanah Daerah Kecil Gemas boleh dibayar melalui online di laman sesawang https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html dengan memasukan no hakmilik,mukim/bandar dan jenis hakmilik seperti yang tertera pada geran tanah atau pada bil cukai tanah.

SOALAN : Bolehkah cukai tanah tahun semasa dibayar walaupun tiada bil cukai dihantar ke rumah?

JAWAPAN : 

Ya, cukai tanah merupakan tanggungjawab pemilik menjelaskan setiap tahun walaupun tiada bil cukai tanah yang dihantar.Namun pemilik perlu datang ke Pejabat Daerah dan Tanah berhampiran untuk mendapatkan salinan supaya cukai tanah boleh dijelaskan

SOALAN : Berapakah denda yang dikenakan sekiranya gagal menjelaskan cukai tanah pada tempoh yang di tetapkan ?

JAWAPAN : 

Denda yang dikenakan adalah sebanyak 5% dari jumlah tunggakan dan cukai tanah dikenakan selepas 31 MEI setiap tahun dan dibundarkan kepada nilai ringgit terhampir.

UNIT PENDAFTARAN

SOALAN : Apakah dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan kebenaran pindahmilik dan permohonan kebenaran mengadai tanah.

 JAWAPAN :

  • Borang permohonan kebenaran pindahmilik/mengadai
  • Salinan kad pengenalan pemberi dan penerima
  • Bagi syarikat, mohon kemukakan salinan dokumen seperti dibawah :-
  • Memorandum & Articles of Association (M&A)
  • Borang 49 (List of Current Director & Co. Secretary)
  • Borang 24 (Paid-up Capital & Authorised Capital)

–      Borang 44 (Registered Office)

–      Carian Rasmi maklumat syarikat (SSM)

–      Company Resolution (jika perlu)

  • Bagi persatuan – mohon kemukakan Minit Mesyuarat Perlantikan AJK Persatuan yang terkini.
  • Jika ada Kaveat/Gadaian/Pajakan – perlu kebenaran Pengkaveat / Pemegang Gadaian / Pemegang Pajakan.
  • Jika melibatkan Tanah Ladang berkeluasan lebih 40 hektar – perlu kebenaran Lembaga Tanah Ladang.
  • Jika penerima adalah bukan warganegara/ Penduduk Tetap/Pemastautin Tetap/Syarikat

Asing – perlu kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

  • Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
  • Salinan Hakmilik
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Resit Cukai Tahun semasa
  • Perjanjian jualbeli
SOALAN : Apakah dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan kebenaran pindahmilik dan permohonan kebenaran mengadai tanah.

JAWAPAN : 

Pihak yang berkepentingan perlulah:

  • Mengisi borang permohonan hakmilk hilang
  • Surat Akuan Sumpah mengenai kehilangan hakmilik berkenaan (dibuat oleh tuanpunya tanah atau mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui tuan punya tanah). Di dalam Surat Akuan Sumpah perlulah disebut butir-butir hakmilik tanah yang hilang iaitu mukim, jenis dan nombor hakmilik serta nombor Lot/PT.

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak yang disediakan berserta bayaran RM160.00 bagi setiap Hakmilik Muktamad dan RM150 bagi Hakmilik Sementara.

SOALAN : Apakah yang perlu dilakukan apabila hakmilik hilang

JAWAPAN : 

Pihak yang berkepentingan perlulah:

  • Mengisi borang permohonan hakmilk hilang
  • Surat Akuan Sumpah mengenai kehilangan hakmilik berkenaan (dibuat oleh tuanpunya tanah atau mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui tuan punya tanah). Di dalam Surat Akuan Sumpah perlulah disebut butir-butir hakmilik tanah yang hilang iaitu mukim, jenis dan nombor hakmilik serta nombor Lot/PT.

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak yang disediakan berserta bayaran RM160.00 bagi setiap Hakmilik Muktamad dan RM150 bagi Hakmilik Sementara.

SOALAN : Dimanakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat

JAWAPAN : 

Permohonan  pembahagian  harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (JKPTG) Kuala Pilah bagi semua harta alih yang ada di dalam Daerah Kecil Gemas.

Skip to content