LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

WEBSITE RASMI

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

Bersih . Muafakat . Sejahtera

LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

suriani

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita diberi kesempatan dan ruang untuk sama-sama berganding bahu, memacu Daerah Kecil Gemas mencapai impian dan hasrat yang ingin digapai serta dapat juga Pejabat Daerah Kecil  Dan Tanah Gemas menghasilkan sebuah Laman Web Rasmi sebagai landasan infomasi dan jalinan perhubung kepada rakyat di Daerah ini.
 
Dengan tertubuhnya Daerah Kecil Gemas ini akan memberi impak penambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Sembilan dan penduduk Gemas khasnya. Ini berikutan dengan rancangan pembangunan pada masa hadapan yang akan dilaksanakan dengan menumpukan lebih kepada penglibatan pihak swasta dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik untuk dinikmati oleh penduduk Daerah Gemas.
Selain itu juga, melalui pengwujudan daerah ini diharap sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di peringkat daerah akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Semua jabatan di daerah perlu berganding bahu dalam memastikan aspirasi Kerajaan dapat direalisasikan dan memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.
Pentadbiran Daerah komited untuk menjayakan semua perancangan pembangunan dan mengorak langkah ke hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kami dan warga perkhidmatan awam di Daerah Kecil Gemas adalah pelaksana dan penghubung dalam menterjemahkan visi kerajaan di peringkat dasar dan akar umbi kepada projek dan program di peringkat daerah untuk manfaat rakyat.
 
Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran semua pengguna untuk melayari laman web ini. Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laman web ini memberi manfaat berkesan bagi mereka yang melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 PN. SURIANI BINTI SALIHAN

KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH

 PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

Skip to content