PEGAWAI KESELAMATAN MAKLUMAT JABATAN (ICTSO)


PERANAN ICTSO PDKG
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT PDKG;
- Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT PDKG;
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT PDKG kepada semua pengguna;
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT PDKG;
- Menjalankan pengurusan risiko;
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan Negeri Sembilan (CERTNS), PDKG dan ICTSO memaklumkannya kepada CIO Jabatan;
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; dan
- Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.
- Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.
|