Program Bicara Ilmu : Malaysia Madani Peringkat Daerah Kecil Gemas telah diadakan di Dewan Besar Gemas pagi tadi. Penceramah Program Bicara ilmu ini telah di sampaikan oleh Ustaz Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.
Seramai 200 orang peserta dari pelbagai Agensi Jabatan Kerajaan serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah terlibat dengan Program Bicara Ilmu Malaysia Madani. Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Penyelaras Dun gemas, Puan Siti ‘Aishah bt Seman@Othman dan Penyelaras Dun Gemencheh, Tuan Haji Abd Latif A Tambi.