Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan Kepada Asnaf Dan Fakir Miskin oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun di Masjid Jamek Pekan Gemas petang tadi.
Seramai 191 orang penerima sumbangan tersebut adalah merupakan golongan asnaf dan fakir miskin di Daerah Kecil Gemas.
Turut hadir ke penyampaian sumbangan tersebut ialah YB DATO’ Abd. Razak Bin Ab. Said, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan Dun Gemas, Puan Suriani binti Salihan, Ketua penolong Pegawai Daerah Kecil dan Tanah gemas, Penyelaras Dun Gemas, Puan Siti Aishah Seman @ Othman, Peyelaras Dun Gemas dan serta Ketua – ketua jabatan di sekitar kawasan Gemas.