LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH KECIL DAN TANAH GEMAS

Bersih . Muafakat . Sejahtera

LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐‚๐” ๐“๐€๐๐ƒ๐€ ๐’๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐‹๐Ž๐๐ƒ๐€๐‡ ๐๐š๐ง ๐€๐“๐• ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐”๐‹๐” ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐†

“๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐‚๐” ๐“๐€๐๐ƒ๐€ ๐’๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐‹๐Ž๐๐ƒ๐€๐‡ ๐๐š๐ง ๐€๐“๐• ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐”๐‹๐” ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐†”.
Gemas, 22 Ogos 2024 – Majlis Perasmian Produk Pelancongan Negeri Sembilan telah diadakan di Sawah Kampung Londah, Gemas, Negeri Sembilan. Majlis ini dirasmikan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, dan turut diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, serta Puan Suriani binti Salihan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Gemas.
Perasmian ini memperkenalkan dua produk pelancongan utama di kawasan tersebut, iaitu ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐—ฉ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š. Mercu tanda ini mula dibina pada 16 April 2024 dan siap sepenuhnya pada 25 Jun 2024, menandakan perkembangan infrastruktur pelancongan yang signifikan di kawasan Gemas. Produk-produk ini dijangka akan menjadi tarikan pelancongan baru di Negeri Sembilan, menarik lebih ramai pengunjung dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
Majlis ini bukan sahaja meraikan pembukaan mercu tanda ini tetapi juga mempromosikan keindahan dan keunikan kawasan luar bandar Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan.
Skip to content