LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH KECIL DAN TANAH GEMAS

Bersih . Muafakat . Sejahtera

LOGO PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

𝐊𝐚𝐫𝐧𝐒𝐯𝐚π₯ 𝐉𝐨𝐦 π’π’π‘πšπ­ @ π†π¨π¦πžπ‘

𝐊𝐚𝐫𝐧𝐒𝐯𝐚π₯ 𝐉𝐨𝐦 π’π’π‘πšπ­ @ π†π¨π¦πžπ‘
{Berita@PDKG}
14 Julai 2024 – Karnival Jom Sihat @ Gomeh yang berlangsung selama dua hari di Dewan Besar Gemas berjaya menarik minat ramai pengunjung. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Dan Tanah Gemas dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO ini telah menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada komuniti setempat.
Pada hari Sabtu, acara dimulakan dengan pameran reruai, jualan penjaja, dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Gemas. Persembahan akhir Pertandingan Pergigian antara Sekolah Rendah Daerah Tampin turut diadakan, diikuti dengan sesi penyampaian hadiah oleh YB Dato’ Mohd Isam Bin Hj. Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin.
Pertandingan Sukan Rakyat yang diadakan pada petang Sabtu menerima sambutan yang meriah, dan acara malam ditutup dengan ceramah perdana oleh Tuan Haji Norazman bin Amat dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), yang bertajuk β€œMental Sihat Keluarga Bahagia Ke Syurgaβ€œ.
Hari kedua karnival bermula dengan konvoi bermotor dan senamrobik perdana, diikuti dengan Fun Brisk Walk sejauh 4 km. Aktiviti lain termasuk sesi perkongsian bersama pempengaruh Fynn Jamal dan Sukaneka Perpaduan. Majlis penutupan dan gimik penutupan yang menarik disempurnakan oleh YB Suhaimizan Bin Bizar, ADUN Gemencheh.
Karnival ini bukan sahaja berjaya mempromosikan gaya hidup sihat tetapi juga mengeratkan hubungan dalam komuniti setempat. Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi manfaat bersama.
Skip to content