Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS NEGERI SEMBILAN

Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas sebagai urusetia pembangunan daerah berperanan untuk memberi perkhidmatan dan menyediakan kemudahan asas dan pembangunan fizikal untuk keselesaan hidup kepada segenap lapisan masyarakat.Ke arah mencapai matlamat ini, Pejabat daerah bertanggunjawab dalam merancang,mentadbir,melaksanakan dan menyelaras dan mengawal aktiviti - aktiviti yang digariskan.

 

 

 

Adakah kadar duti setem disediakan? Bagaimana saya ingin mengetahui kadar tersebut dengan lebih lanjut?

Ya. Anda boleh berjumpa dengan En.Arif bin Mohd Nor atau Pn.Norafadhila atau menghubungi di talian 07-9481242 ext.32 @ 33

Sekiranya kami ingin mengadakan mesyuarat di Gemas, bolehkah kami menggunakan Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah ini?

Boleh. Sila hantarkan surat permohonan seminggu dari tarikh mesyuarat diadakan bagi mendapat maklumbalas permohonan tersebut. sekiranya agensi bukan kerajaan, bayaran akan dikenakan. alamat boleh didapati di laman web.

 

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Unit Pentadbiran dan Kewangan ini?

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan:-

Duti Setem

Surat-menyurat

Surat Akuan/Perjanjian

Angkat Sumpah sekiranya tiada Majistret

Surat Sokongan

Aduan Awam

Pembayaran Baucer kepada Kontraktor

Pembayaran Elaun kepada JKKK

Dimanakah surat tawaran sebutharga boleh diperolehi bagi projek-projek yang ditawarkan?

Anda boleh perolehinya di Unit ini dan sila bawa bersama sijil CIDB dan PKK ketika membeli surat tawaran tersebut.

  

W3C DISABILITY ACCESS

Portal web rasmi Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan;

Dapatkan IE Page Reader di sini.

1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

B) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Portal Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Portal Rasmi Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas akan berubah serta-merta.

C) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, Portal Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

   

1. Dasar Privasi

1.1 Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

1.2 Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

1.3 Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

1.4 Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 

3.1 Maklum Balas
Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

3.2 Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui menu Maklumbalas yang disediakan dalam Portal ini.