pdkg

 

UNIT PEMBANGUNAN

 SOALAN : Apakah fungsi Unit Pembangunan PDKG?  JAWAPAN :

Fungsi bagi Unit Pembangunan PDKG dibahagikan kepada dua skop iaitu Pembangunan Masyarakat dan Pembangunan Fizikal.

Unit Pembangunan Masyarakat membantu dalam;

  1. menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan berkaitan isu-isu pembangunan dan sosio-ekonomi.
  2. Menyediakan cadangan projek bagi peserta e-kasih di bawah Program Pembasmian Kemiskinan
  3. Menyelia pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Pembangunan Fizikal pula membantu dalam;

  1. Merancang keperluan bagi projek-projek kecil
  2. Melaksanakan kerja-kerja menerusi kaedah sebutharga dan lantikan terus
Memantau pelaksanaan projek agensi kerajaan yang lain

SOALAN : Apakah skop kerja-kerja fizikal yang dilaksanakan dan dipantau di bawah Unit Pembangunan PDKG

 

JAWAPAN :

  1. Kerja-kerja menyelenggara jalan kampung di bawah peruntukan MARRIS (JKR)
  2. Lampu Jalan Kampung (KKLW)
  3. Dasar Pencahayaan Negeri Sembilan (JKR dan TNB)
  4. Projek Mesra Rakyat (PPN)
  5. Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas (PPN)
 SOALAN : 

Apakah jenis bantuan rumah yang boleh diperolehi dan bagaimana cara untuk memohon?

 JAWAPAN :

Program Bantuan Rumah (PBR) merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada golongan yang kurang berkemampuan. PBR merangkumi bantuan untuk bina baru dan juga baik pulih rumah.

Permohonan boleh dikemukakan terus di kaunter Unit Pembangunan. Kelulusan tertakhluk kepada hasil siasatan dari segi kelayakan dan keperluan, pengesahan Ahli Jawatankuasa Focus Group Daerah dan peruntukan pada tahun semasa.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan terus kepada Unit Pembangunan.