pdkg

   MENTERI BESAR LANCAR KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN (7 Ogos): Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Harun. Majlis tersebut disambut ringkas tetapi meriah dengan dihadiri oleh penjawat awam serta orang ramai pelbagai bangsa.

Baca selanjutnya: MENTERI BESAR...

  DR RAZALI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN YANG BAHARU

 WISMA NEGERI: Dr Razali bin Ab Malik, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, berkuatkuasa pada 11 Jun 2018.

Pelantikan Dr Razali yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah bagi menggantikan Dato’ Seri Mat Ali bin Hassan yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Baca selanjutnya: Dr Razali...

   MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BAHARU MEMULAKAN TUGAS DI PEJABAT MENTERI BESAR

WISMA NEGERI NEGERI SEMBILAN: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun, memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri, pada jam 2.40 petang tadi. Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mat Ali bin Hasan dan disambut kira-kira 200 kakitangan.

Baca selanjutnya: Menteri Besar...

  KURSUS PENGURUSAN REKOD JABATAN

 GEMAS -Kursus Pengurusan Rekod Jabatan telah diadakan pada 2 dan 3 april 2018 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas.Seramai 30 orang kakitangan dan pegawai telah hadir untuk menambahkan ilmu tentang pengurusan rekod seperti contoh surat rasmi. cara pelupusan fail dan lain-lain lagi.Penceramah Pengurusan Rekod di datangkan dari Pejabat Arkib Negara, Puan Sukanah binti Suadi.

Baca selanjutnya: KURSUS PENGURUSAN...

TANAH RUNTUH JALAN PASIR BESAR - PALONG

               GEMAS - Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan berlaku tanah runtuh di laluan jalan utama Pasir Besar-Palong, di sini, malam semalam.

Baca selanjutnya: Tanah runtuh jalan...

TIADA LAGI PENYERI GEMAS

GEMAS - Penduduk berasa sedih dan kecewa apabila sebuah kepala kereta api dan gerabak yang sebelum ini ditempatkan di Stesen Kereta Api Gemas yang lama kini telah dipindahkan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, Rabu lalu.

Baca selanjutnya: Tiada lagi...

KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN

      Gemas - Kursus Pengurusan Perolehan kerajaan telah diadakan di Gemas Golf Resort telah berlangsung pada 5 hingga 7hb februari 2018. Peserta kursus terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan perolehan kerajaan Pejabat daerah Kecil Gemas dan Pejabat Daerah Tampin. Ceramah Pengurusan Perolehan Kerajaan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abd Wahab dari INTAN.

Baca selanjutnya: KURSUS PENGURUSAN...

   MAJLIS PERSARAAN TUAN PEGAWAI DAERAH TAMPIN

    Gemas - Majlis persaraan Pegawai Daerah Tampin, Tuan Haji Mohamed Roduan Bin Ujang telah diadakan pada 16 januari 2018 bertempat di Gemas Golf Resort. Semua pegawai dan kakitangan termasuk pengerusi dan setiausaha JKKK daerah kecil Gemas meraikan majlis persaraan tuan pegawai daerah. Sepanjang ucapan Tuan haji Mohamed Roduan bin Ujang,beliau banyak mengingatkan kepada semua kakitangan supaya menjalan kerja dengan penuh integriti.Majlis bersurai pada jam 4.30petang1

Baca selanjutnya: Majlis Persaraan...

1
2
3
4
5
6
7
8