pdkg

UNIT TANAH

 

 SOALAN : Berapakah jumlah bayaran permohonan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?  JAWAPAN : Bayaran permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ialah RM 20.00 dan bayaran pelan RM 14.00

 

SOALAN :Apakah dokumen yang perlu ada untuk tujuan permohonan tanah?

JAWAPAN : Dokumen yang perlu ada ialah :-

-Borang Permohonan Tanah

-Borang A – Tanah dalam kawasan GSA

(Sekiranya pemohon adalah syarikat :)

-Memorandum Articles Of Association (MAA)

-Borang 24, 44 dan 49 Akta Syarikat / Cop Mohor

-Atas nama pertubuhan / koperasi / persatuan dan lain-lain

-Satu salinan undang-undang / pertubuhan Akta dan lain-lain yang disahkan.

-Salinan kad pengenalan suami / isteri

-Borang G (bagi pemohon kakitangan kerajaan)

-Surat pengesahan majikan (bagi pasangan kakitangan kerajaan)

-Lain-lain surat sokongan

-Bayaran permohonan

 SOALAN : Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian?  JAWAPAN : Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau

lebih bahagian seupaya tiap-tiap satunya dipegang dibawah hakmilik yang berasingan
oleh tuanpunya yang sama atau tuan-tuan punya bersama yang sama.

Pecah bahagian – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau dibawah hakmilik sementara sambungan dari hakmilik tetap yang dipegang oleh 2 orang 
atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagiankn supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu 
dibawah satu hakmilik yang berasingan.