pdkg

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu sebagai KPPD Kecil Gemas, saya amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda sekalian ke Laman Web rasmi Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas. Sesungguhnya kesudian anda melayari laman web ini amat bermakna bagi kami di PDKG dan saya berharap segala maklumat yang disajikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Dan semoga laman web ini dapat membantu memberikan informasi yang berkaitan dengan perkhidmatan PDKG khususnya dan Daerah Kecil Gemas secara amnya. Adalah diharapkan melalui portal ini, orang ramai akan lebih dekat dan mesra dengan PDKG.

Tidak dinafikan, sebagai Pejabat daerah, PDKG berdepan dengan tanggungjawab yang lebih besar dan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat semakin luas dan mencabar. Oleh yang demikian, kerjasama dan komitmen dari semua pihak adalah amat diperlukan. Dan diharapkan laman web ini mampu menjadi sebahagian dari medium perantara antara masyarakat dan warga PDKG.

Melalui laman web ini kami sajikan anda dengan pelbagai informasi dan paparan mengenai perkhidmatan yang kami sediakan. PDKG juga mengalu-alukan cadangan atau idea dari anda para pengunjung bagi memperkasakan mutu perkhidmatan kami.

Justeru itu saya dengan sukacitanya mempersilakan anda semua melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 

EN.ANIRWAN FAUZEE BIN MOHD AINI ( KPPD PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS )