pdkg

Tiada lagi 'penyeri' Gemas

 

Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Tampin, Saiful Adly Abd Wahab, berkata, perpindahan berkenaan amat mengejutkan penduduk lebih-lebih lagi sebelum ini ada cadangan untuk menjadikan lokasi bersejarah berkenaan iaitu Stesen Kereta Api Gemas sebagai sebahagian daripada lokasi menarik di sini.

Menurutnya, kepala kereta api dan gerabak berkenaan sebelum ini merupakan penyeri bagi pengunjung yang datang ke Gemas untuk merakamkan kenangan di lokasi bersejarah berkenaan.

 

“Stesen Kereta Api Gemas yang lama ini sudah kira-kira 100 tahun wujud dan istimewanya lokasi ini menjadi lokasi pertembungan laluan bagi pengguna pengangkutan berkenaan baik dari pantai timur, selatan dan ke utara.

“Nilai sentimental stesen ini sangat bermakna buat masyarakat di sini dan MBD juga berharap agar pihak berkaitan dapat mewujudkan Muzium Kereta Api di sini bagi dikongsikan keistimewaannya kepada generasi akan datang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Operasi KTMB Gemas, Basri Abu Bakar berkata, satu kepala kereta api dan tiga gerabak yang sebelum ini berada di Stesen Kereta Api Gemas yang lama kira-kira tiga tahun lalu kini telah dipindahkan ke  Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Menurutnya, kemudahan stesen kereta api lama berkenaan telah ditutup kira-kira empat tahun lalu dan digantikan dengan sebuah stesen kereta api baru yang dilengkapi kemudahan perkhidmatan ETS serta KTM Antara bandar.

“Pihak Muzium Sultan Abu Bakar telah membeli satu kepala kereta api dan tiga gerabak ini untuk tujuan dijadikan sebagai antara tarikan di muzium berkenaan.

“Bagi pihak kita (KTMB) kita mengalu-alukan sebarang langkah dari mana-mana pihak yang komited memulihara, mencantikkan dan menjaga barangan seperti ini bagi memastikan ia tidak lupus begitu sahaja.

INFO • Kepala kereta api dan gerabak di Gemas jadi tumpuan pelancong

(*Petikan dari Sinar Harian*)

Mei 2018
A I S R K J S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
tiada acara