pdkg

Menteri Besar Negeri Sembilan janji cukai tidak naik

 

“Adalah lebih bijak jika kita memberi tumpuan yang lebih kepada hasil pembangunan untuk tambah pendapatan, kerana ia sudah tentu tidak akan membebankan rakyat.  Kalau kita boleh bangun negeri dengan baik, lebih elok kita bangunkan negeri sahaja untuk dapatkan hasilnya.

“Di Negeri Sembilan hasil cukai tanah tidak sampai 30 peratus, yang lain semuanya hasil daripada pembangunan, dan inilah yang saya mahu buat rancangan membangunkan Negeri Sembilan untuk tempoh 30 tahun, di bawah MVV (Malaysian Vision Valley) yang akan menjadi Wilayah Lembah Klang terbesar,” katanya.

Tambahnya, beliau akan mencari jalan terbaik untuk menambah pendapatan dan hasil negeri tanpa membebankan rakyat, dan beliau berharap momentum sekarang ini dapat kekalkan.

Katanya, negeri ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk mendapatkan sumber hasil daripada sektor pembangunan, terutama selepas Wilayah MVV dinaikkan kelak.

(*Petikan dari Sinar Harian*)

Mei 2018
A I S R K J S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
tiada acara