pdkg

.

Gambar berkenaan dirakamkan orang awam ketika anggota berkenaan membuat rondaan sebelum dimuat naik menerusi Facebook Den Orang Tampin mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata memuji keprihatinan polis membantu orang dalam kesusahan.

Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Suhaimizan Bizar, kenderaan dinaiki lima sekeluarga itu kehabisan minyak kira-kira jam 4.45 petang kelmarin, berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Baru Tampin, berdekatan balai trafik IPD Tampin.

“Bukan hanya bantu tolak kenderaan kira-kira 50 meter ke laluan yang lebih selamat supaya tak ganggu aliran trafik, bahkan polis turut bantu mengisi minyak kereta itu secara percuma.

“Kancil yang dinaiki lima sekeluarga itu dalam perjalanan untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Seremban. Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut dengan meter minyak yang rosak menyebabkan mereka tak menyedari kereta dinaiki kehabisan minyak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang netizen yang memberikan komen, Noor Halieza Zainuddin mengucapkan tahniah kepada pasukan polis terbabit.

“Tolak kereta yang sarat dengan penumpang kat dalam. Bukan calang-calang orang boleh buat,” komennya pada gambar yang tular itu.

(petikan dari sinar harian)