pdkg

.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa yang juga Pengerusi Unit PPA1M, Dato’ Dr. Awaluddin bin Said, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Jalaluddin bin Alias.

PPA1M Taman Berlian yang merupakan rumah teres setingkat berkembar telah dimulakan pembinaannya pada 11 Mei 2015 dan siap sepenuhnya pada 1 November 2016.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad berkata, di Negeri Sembilan, sebanyak 13 projek PPA1M yang melibatkan 6,400 unit rumah telah diluluskan pembinaan, manakala satu lagi dalam proses kelulusan iaitu di Bandar Baru Sendayan yang melibatkan sebanyak 360 unit rumah.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 161 unit telah siap dibina, manakala disasarkan sekurang-kurangnya 4,000 unit rumah lagi akan dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Jelasnya, tumpuan PPA1M di Negeri Sembilan setakat ini tertumpu di Seremban, Nilai, Port Dickson dan Jelebu.

Sementara itu, Menteri Besar turut mencadangkan supaya sistem cabutan undi bagi PPA1M yang sedang dan akan dibina di seluruh negara dibuat secara setempat berbanding sekarang yang hanya dilakukan di Putrajaya

(sumber dari website rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)