MAJLIS TAKLIMAT SUAI KENAL PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) DAN AHLI MAJLIS DAERAH TAMPIN

          GEMENCHEH - Majlis Taklimat suai kenal Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DAN Ahli Majlis Daerah Tampin telah diadakan pada 2 oktober 2018 di Dewan Sri Gemencheh. Pengerusi dan Setiausaha MPKK telah di beri taklimat oleh Pejabat Daerah Tampin tentang tanggungjawab yang telah diberikan kepada Pengerusi dan setiausaha daerah Tampin. Turut hadir bersama-sama di majlis taklimat ini Y.B Dr Hasan bin Baharom, ahli parlimen Tampin dan Exco Jawatankuasa Bertindak Kesihatan,Alam sekitar,Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Y.B S.Veerapan merangkap adun Repah.