pdkg

.

Pada majlis yang sama, Encik Mohd Khidir bin Majid turut mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu bagi menggantikan Dato’ Johani Hassan yang juga bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Encik Mohd Khidir sebelum ini merupakan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Majlis Daerah Rembau pada tahun 1997 selama empat tahun sebelum berpindah ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kedua-dua mereka menandatangani dan mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin bin Harun di pejabatnya di Wisma Negeri Seremban.

Majlis angkat sumpah tersebut turut disaksikan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Iskandar Ali Dewa.