pdkg

.

Menteri Besar Negeri Sembilan Memulakan Tugas Di Pejabat Menteri Besar

Sejurus tiba, majlis bacaan doa telah diadakan bagi menyambut YAB Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu. Sebaik tiba di pejabatnya di tingkat lima, beliau secara simbolik mengetik kad perakam masa untuk mengesahkan kedatangannya.

Sejurus itu, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar ke-11, diberi penerangan oleh Dato’ Seri Mat Ali bin Hasan mengenai pentadbiran kerajaan negeri. Penerangan itu dibuat secara tertutup dan dihadiri beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).