pdkg

.

 

Beliau berkata, sejak 10 tahun lalu, kerajaan negeri sudah mengeluarkan arahan kepada pengusaha ladang ayam supaya mengunakan kaedah reban tertutup bagi mengelakkan masalah bau sehingga mengundang kehadiran lalat.

 
 
 

 
 
 
https://play.aniview.com/58fcbed1073ef420086c9d08/5942ae55073ef42ccf4fae29/selectmedia-logo56x10.png");">
 
 Bagaimanapun, masih ada pengusaha degil dan tidak  endahkan arahan sehingga menyebabkan ada kawasan dicemari bau dan masalah lalat yang melampau.

Penggunaan cara lama iaitu reban terbuka mengundang banyak masalah. Misalnya yang berlaku di Rantau dan Port Dickson, tempat itu terlalu banyak lalat sehingga merimaskan penduduk setempat terutama pengusaha makanan.Jadi, kita akan ambil tindakan lebih tegas termasuk tidak meluluskan pembaharuan lesen, selain merobohkan pusat penternakan sebagai jalan terakhir menangani masalah lalat,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga menyasarkan menjelang tahun 2021 semua ladang ayam yang beroperasi di negeri ini wajib menggunakan kaedah reban tertutup bagi mengelak masalah pencemaran bau.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Vaterinar Negeri Sembilan akan menjalankan proses penilaian semula terhadap ladang-ladang unggas dari sudut penstrukturan, pengurusan dan masalah kacau ganggu yang mungkin ditimbulkan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad turut meminta pemilik tanah di Kawasan Penternakan Babi (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson menubuhkan segera jawatankuasa yang dapat menentukan hala tuju pembangunan kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberi peluang kepada pemilik menentukan jenis pembangunan selepas kawasan itu tidak dibenarkan menjadi pusat penternakan babi.

Menurutnya, kawasan tersebut tidak lagi sesuai memandangkan lokasinya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kawasan itu juga terletak dalam kawasan pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) dan tidak sesuai bagi ternakan berkenaan.

"Saya harap semua pemilik tanah dapat  tubuhkan jawatankuasa yang mewakili semua pemilik tanah untuk kita berunding secara lebih mendalam,katanya.

(Petikan dari Sinar Harian)