pdkg

.

menyelesaikan permasalahan pokok-pokok besar yang mengancam keselamatan penduduk kampung dan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Permasalahan ini perlu segera diatasi memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu yang boleh mendorong ke arah risiko pokok tumbang.Justeru itu, program gotong-royong NBOS ini telah dirangka untuk dilaksanakan dengan segera pada bulan Oktober tahun ini bagi mengelakkan daripada sebarang kemungkinan yang boleh membahayakan keselamatan penduduk. Selain daripada mengambilkira aspek keselamatan penduduk, gotong-royong ini juga dijalankan secara NBOS bagi membantu mengurangkan bebanan kos penebangan dan pembersihan pokok yang boleh mencecah hingga ke ribuan ringgit bagi kampung-kampung terlibat.Antara Jabatan dan Agensi di daerah kecil Gemas yang terlibat dalam NBOS ini ialah Majlis Daerah Tampin, Jabatan Kerja Raya, Kem Syed Sirajuddin, Angkatan Pertahanan Awam, Tenaga Nasional Berhad, Balai Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad, KTMB Gemas, SAINS, SWM Environment Sdn Bhd, RELA.