KERAJAAN NEGERI SEMBILAN SUSUN SEMULA PEMBANGUNAN LEMBAH VISI MALAYSIA

 

 SEREMBAN Kerajaan Negeri Sembilan telah menyusun semula pembangunan Lembah Visi Malaysia (MVV) dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang akan melibatkan perusahaan berimpak tinggi dalam sesuatu kluster

Projek pembangunan itu yang akan dikenali dengan nama MVV 2.0 juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia di negeri ini.

Baca selanjutnya: Kerajaan Negeri...

   MAJLIS TAKLIMAT SUAI KENAL PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) DAN AHLI MAJLIS DAERAH TAMPIN

          GEMENCHEH - Majlis Taklimat suai kenal Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DAN Ahli Majlis Daerah Tampin telah diadakan pada 2 oktober 2018 di Dewan Sri Gemencheh. Pengerusi dan Setiausaha MPKK telah di beri taklimat oleh Pejabat Daerah Tampin tentang tanggungjawab yang telah diberikan kepada Pengerusi dan setiausaha daerah Tampin. Turut hadir bersama-sama di majlis taklimat ini Y.B Dr Hasan bin Baharom, ahli parlimen Tampin dan Exco Jawatankuasa Bertindak Kesihatan,Alam sekitar,Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Y.B S.Veerapan merangkap adun Repah.

  KURSUS PENGURUSAN REKOD JABATAN

 GEMAS -Kursus Pengurusan Rekod Jabatan telah diadakan pada 2 dan 3 april 2018 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas.Seramai 30 orang kakitangan dan pegawai telah hadir untuk menambahkan ilmu tentang pengurusan rekod seperti contoh surat rasmi. cara pelupusan fail dan lain-lain lagi.Penceramah Pengurusan Rekod di datangkan dari Pejabat Arkib Negara, Puan Sukanah binti Suadi.

Baca selanjutnya: KURSUS PENGURUSAN...

1
2
3