MEDIA SOSIAL PDKG

blogfacebooktwitterrss

 

UNDIAN PDKG
KAMI MEMERLUKAN ANDA UNTUK MEMBUAT KAJI SELIDIK TENTANG KEBERKESANAN PERKHIDMATAN KAMI.  SILA KLIK DISINI UNTUK MEMBUAT UNDIAN, TERIMA KASIH

KLIK DISINI

KHAS PENGGUNA QR CODE PDKG

INFO BANJIR DAERAH KECIL GEMAS

(Klik butang baru untuk info terkini)

SILA HUBUNGI BILIK GERAKAN BANJIR DI 07-9481242

April 2014
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

MAKLUMAT PENTING

SUDAHKAH ANDA TELAH MENJELASKAN CUKAI TANAH??

KAUNTER CUKAI TANAH AKAN DI BUAT DILOKASI YANG BERIKUT :

SILA KLIK DISINI

Kontraktor yang telah mendapat kerja untuk tahun 2014 (PROJEK MARRIS/P57/P56 DAN PIA/PIAS)

Klik Untuk Maklumat Lanjut

BERITA DAERAH GEMAS

  • Karnival Sukan Dalaman PDKG 2014

    Karnival Sukan Dalaman PDKG 2014

  • PROGRAM GOTONG ROYONG SIFAR DENGGI PERINGKAT PEJABAT DAERAH KECIL DAN TANAH GEMAS

    PROGRAM GOTONG ROYONG SIFAR DENGGI PERINGKAT PEJABAT DAERAH KECIL DAN TANAH GEMAS

  • KURSUS  TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DAN ELAUAN YANG BERKAITAN PERINGKAT JABATAN

    KURSUS TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DAN ELAUAN YANG BERKAITAN PERINGKAT JABATAN

  • Majlis Perarakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Tampin

    Majlis Perarakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Tampin

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR

 

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR

 

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :

 

  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

 

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

 

  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

 

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

 

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti    sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

Persediaan Sebelum Banjir

1.         Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

2.         Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

3.         Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

4.         Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

5.         Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

6.         Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

7.         Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan

 

1.         Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.

2.         Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.

3.         Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.

4.         Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

5.         Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir – Semasa Pemindahan

 

1.         Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

2.         Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.

3.         Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan

 

1.         Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

2.         Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah  ke tempat yang selamat

Semasa Banjir – Di Dalam Rumah

 

1.         Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.

2.         Bersedia dengan peralatan kecemasan.

3.         Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir – Di Luar Rumah

 

1.         Pergi ke tempat tinggi dan selamat.

2.         Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.

3.         Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

4.         Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

5.         Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

6.         Jangan minum air banjir.

Selepas Banjir

 

1.         Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

2.         Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).

3.         Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.

4.         Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan

 

1.         Pakai kasut.

2.         Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

3.         Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.

4.         Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya

 

1.         Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

2.         Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.

3.         Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

4.         Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

5.         Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

6.         Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.

7.         Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

8.         Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Gempa Bumi

 

Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

 

1.         Terus berada di dalam bangunan.

2.         Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh.

3.         Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.

4.         Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.

5.         Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

6.         Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

7.         Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

8.         Padamkan semua api.

Sekiranya Anda Di Luar Bangunan

 

1.         Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada wayar elektrik, tiang eletrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar.

2.         Jauhi daripada talian eletrik yang jatuh.

3.         Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya Di Dalam Bangunan Yang Sesak

1.         Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama.

2.         Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

3.         Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

Sekiranya Di Dalam Bangunan Tinggi

 

1.         Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

2.         Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.

3.         Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

4.         Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

5.         Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan

 

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

Sekiranya Di Dalam Kereta Yang Bergerak

1.         Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.

2.         Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk untuk menilai situasi anda.

3.         Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Kebakaran

 

1.         Sediakan alat pemadam api botol kecil di setiap rumah.

2.         Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada semua penghuni rumah / bangunan.

3.         Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya.

4.         Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah / bangunan dengan kadar segera.

5.         Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari pusat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam bangunan tinggi.

6.         Sila baca arahan / panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba / keselamatan bangunan.

7.         Jika asap tebal telah memenuhi bilik / bangunan, basahkan kain / tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal.

8.         Jika telah selamat berada di luar rumah / bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat.

9.         Jangan masuk semula ke dalam rumah / bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan sila berada jauh dari kawasan kebakaran.

10.       Bantu pasukan bomba / penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam rumah / bangunan jika diminta.

 

Kompleks Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas 73400 Gemas Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 07-9481242 , 53 | Fax : 07-9482395 
 | Email : ptdkecilgemas@ns.gov.my

 map

Hakcipta © 2014 Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas Negeri Sembilan
Laman Web ini sesuai dilayari pelayar web Internet Explorer 9.0 atau Mozilla Firefox 3.0  pada resolusi terbaik adalah 1024x768 pixel (Bergantung kepada resolusi setiap komputer) .

Sila Muat Turun Internet Explorer 9 atau MozillaFirefox 3.5 dan  Adobe Flash Player 

ORG AWAM

WARGA PDKG

PELANCONGAN

capaian aplikasi

STATISTIK PELAWAT

231724
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
476
645
2719
225720
10560
14347
231724
IP Anda: 54.204.163.26
Waktu: 2014-04-24 16:31:00
Ke Atas