Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tampin, Ir Khairul Azmeel Mohd Sopery berkata, pengguna boleh menggunakan laluan di Kampung Londah untuk ke Pasir Besar mahupun ke Palong buat sementara waktu.

Menurutnya, laluan berkenaan mengalami masalah tanah runtuh dipercayai disebabkan oleh paip pecah.

 

"Kita menerima aduan pada malam tadi dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dilaksanakan.  Buat sementara waktu ini, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

(*Petikan dari Sinar Harian*)